sweet owner Bigfoots! Credits!
| BALASAN MENINGGALKAN SOLAT Diriwayatkan bahawa pada satu hari, ketika Rasulullah SAW duduk bersama sahabat,datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid sambil menangis.Baginda bertanya:"wahai orang muda,mengapakah kamu menangis?"Pemuda itu menjawab:"Rasulullah,ayahku meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang hendak memandikannya" Lalu baginda memerintahkan Abu Bakar RA da Umar RA membantu pemuda berkenaan. Sampai di kediaman pemuda berkenaan,kedua-dua shabat baginda mendapati ayah pemuda itu bertukar rupa menjadi babi hitam.Mereka pun kembali da memaklumkan kepada baginda "Ya Rasulullah,kami lihat mayat ayah orang itu bertukar menjadi babi hutan yang hitam." Rasulullah SAW dan sahabat kemudia pergi ke rumah pemuda berkenaan.Orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah SWT.Tidak lama kemudian,mayat itu bertukar kepada bentuk manusia semula. Baginda dan sahabat kemudian menyembahyangkan mayat berkenaan.Apabila mayat itu hendak dikebumikan,sekali lagi ia berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam.Rasulullah SAW pun bertanya:"Wahai orang muda,apakah yang dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?" Pemuda itu menjawab:"Sebenarnya ayahku tidak mahu mengerjakan solat."Baginda kemudian bersabda:"Wahai sahabatku,lihatlah keadaan orang yang meninggalkan solat.Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah SWT seperti babi hutan yang hitam." Di zaman Abu Bakar RA,ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyangkannya,kian kafan membaluti tubuh mayat itu bergerak2.Apabila dibuka,mereka melihat seekor ular membelit leher,memakan daging dan menghisap darah mayat terbabit lalu mereka cuba membunuh ular itu. Ular itu berkata:"Mengapakah kamu semua hendak membunuh aku.Aku tidak bedosa dan aku tidak bersalah.Allah SWT yang memerintahku supaya meyeksanya sehingga sampai hari kiamat." Lalu para sahabat bertanya:"Apakah kesalahan yang sudah dilakukan oleh mayat ini?" Ular menjawab:"Dia melakukan tiga kesalahan iaitu apabila dia mendengar azan,dia tidak mahu datang untuk bersembahyang berjemaah.Dia tidak mahu mengeluarkan zakat hartanya serta tidak mahu mendengar nasihat ulama.Maka inilah balasannya. |