sweet owner Bigfoots! Credits!
| RINTIHAN HATI KECILKU Assalamulaikum,, Tiada apa yang ingin aku luahkan melainkan tentang rintihan hati kecilku yang sedang bersedih,diatas tndakan aku sendiri.Ya.Aku menyayanginya aku juga tulus mencintainya namun harus kuakui cintaku padamu tidak seteguh dulu,tidak semarak dulu,namun kau harus tahu aku masih mencintaimu walaupun cinta itu semakin pudar,pudar diselubungi dengan perasaan yang aku sendiri tidak pasti.Seandainya berlaku sesuatu pada hubungan kita pada hari ini aku pasrah kerana aku yang meminta. Benar katamu,tidak berguna jika hanya dirimu saja yang bermatian mempertahankan hubungan ini sedangkan aku,terus menyakiti hatimu.Kekasih usahlah kau membuang waktumu dengan mempertahankan cinta yang belum pasti.Kejarlah impianmu,carilah bahagiamu sendiri bersama insan yang lebih memerlukanmu berbanding diriku.Seandainya kau menganggap aku mementingkan diriku sendiri.Tidak mengapa aku terima segala apa yang kau perkatakan. Sesungguhnya aku menyanyangimu jadi aku meminta untuk kau melepaskan aku.kau pasti akan lebih bahagia. seandainya kau bersama aku, kadang kala aku sentiasa menyakitkan hatimu,menguris jiwamu dan aku tidak mahu perkara itu berulang lagi.Buat kedua kalinya aku meminta agar kau melepaskan aku. Keserasian antara kita semakin hilang,hilang diterbangkan oleh perasaan yang aku sendiri tak pasti. Kekasihku percayalah aku amat menyayangimu,jadi biarkanlah perpisahan ini terjadi. Ingatlah wahai kekasih jodoh pertemuan semuanya ketentuan tuhan seandainya satu masa kita ditakdirkan bersama kembali ketahuilah kekasih pada saat itu cintaku padamu akan lebih utuh berbanding sekarang dan seandainya kita tidak ditakdirkan bersama ketahuilah kekasih bahawa aku tidak pernah melupakan segala kenangan indah yang telah terukir di dalam kehidupan kita. ![]() |