//super awesome !
sweet owner

Navigation : touch hover image



Diaries Owner Linkies Stuff

hello peeps ! welcome to super awesome. replace your own image :D


Bigfoots!

Put your CBOX codes here!


Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: Syafika Azilah
Others:   


MAUIDUR RASUL

ASSALAMULAIKUM
salam maulidur rasul.
Hari ini(26/02/11)SMK Dato' Abdul Rahman Yassin telah telah mengada sambutan maulidur rasul dengan tema 1 MALAYSIA 1 UMMAH bertempat di SMK Dto' Abdul Rahman Yassin.Majlis ini telah mendapat sambutan yang hangat di kalangan para pelajar.Tidak kurang juga dengan kehadiran ibu bapa pelajar yang datang untuk menghangatkan lagi Majlis yang gilang gemilang ini.Semua pelajar hadir dengan berpakaian yang cukup indah dan menutup aurat.Harap mereka dapat meneruskan menjaga dan menutup aurat mereka tidak kira di mana mereka berada bukan sekadar hanya di sekolah atau dimajlis agama sahaja.Tambahan itu,bagi menambahkan kecerian sambutan maulidur rasul ini para pelajar telah berarak di sekitar Taman Perumahan Mara sambil berselawat ke atas Nabi iaitu Nabi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.Selepas tamat perarakan pelajar diberikan air an roti(alhamdulilla)sebagai alas perut sebelum menunggu waktu tengah hari.Kemudian majlis diteruskan lagi dengan persembahan pelajar.Antara persembahan yang menitiskan air mata ku(terlalu sensitif)sewaktu para pelajar lelaki menyanyikan lagu menanti dibarzah.Insaf itu perkataan yang tepat digunakan sewaktu aku mendengar dan melihat persembahan mereka.Selain itu,majlis juga telah dihangatkan lagi dengan kehadiran penceramah iaitu Ustaz Halim.Pelbagai celoteh dan jenaka yang telah disajikan kepada kami.Namun dalam bergelak ketawa ustaz Halim turut memberi nasihat kepada kami(golongan hawa)supaya menutup aurat.Sebagai penamat majlis kami diberikan nasi briani(yummy).Sebelum pulang aku sempat bergambar bersama rakan2 sebagai tanda kenang-kenangan kerana ini merupakan tahun terakhir kami di sekolah SMK Dato' Abdul Rahman Yassin.