sweet owner Bigfoots! Credits!
| PENCURI!!!! CURI..apakah imbuhan yang boleh ditambah pada perkataan ini(macam kat skolah).MENCURI,PENCURI,DICURI..dan lain-lain lagi.Kejadian kecurian sudah tidak dapat dibendung lagi.Setiap hari pasti ada saja aduan mengenai kecurian tidak kira di RUMAH,SEKOLAH dan lain-lain lagi lah.Hari ini gadis ini ingin berkongsi cerita mengenai kejadian yang berkaitan dengan tajuk kita pada hari ini iaitu curi.Faktor bermulanya jenayah mencuri ini ialah berpunca daripada sikap diri individu yang sering berbohong.Seperti kata pepatah siakap senohong gelama ikan duri,bercakap bohong lama-lama mencuri.Begitulah diibaratkan pada insan yang suka mencuri.Hurm..curi sana..curi sini..nak curi mana lagi?Yang jadi mangsa orang yang tidak bersalah.Sebagai contoh,gadis ini mengambil situasi di mana sahabatnya(identiti dirahsiakan) kehilangan "side mirror" pada hari ini."HELLO MAT PENCURI..KALAU DAH SENGKEK SANGAT JANGAN LA SAMPAI MENCURI".Itulah yang ingin ku luahkan saat ini.Marah,kecewa, bergabung menjadi satu.(sampai nak meletup jiwa aku).Walaupun aku tidak kehilang "side mirror"namun aku turut merasa marah apabila mengenangkan pencuri yang telah mencuri "laptop"kesayangan ku.Kepada insan yang bergelar pencuri satu saja pesanan ku kepada kamu."BIAR HIDUP SUSAH..TAPI JANGAN MENYUSAHKAN ORANG LAIN" |