sweet owner Bigfoots! Credits!
| TIPU LAGI. Ika ingatkan dia akan berubah. tapi kenapa perangainya tetap sama. Ika tahu dalam dunia ni tak ada siapa yang sempurna. Begitu juga dengan ika. Tapi perlu ke menipu demi meraih perhatian,simpati,atau juga gunakan pelbagai jenis penipuan untuk dijadikan alasan. Perlu ke? Kita semakin matang jadi ika rasa isu tipu tak perlu lagi wujud antara kita. Apabila dia mula berbuat demikian dan ika telah temui kebenarannya ika rasa sedih sangat. Kecewa sangat.Ika boleh terima kalau yang melakukan perbuatan tu bukan di kalangan orang yang rapat dengan ika.Tapi ika memang tak sanggup nak terima atau mendengar segala penipuan dari dia. Akhirnya,,segala penipuan nya memberikan kesan kepada ika.Ika dah mula tak percayakan dia. Ika dah mula bosan kalau dia mula bercerita. Kenapa?Sebab ika dah tak nak dia buat perbuatan tu lagi. Ya..sebagai kawan ika patut tegur kesilapannya, tapi..tak kan lah dia tak sedar yang dia telah melakukan penipuan? P/s:kami sangat kecewa. ![]() |